Thursday, December 2, 2010

Mari Mengenal Bateri Kereta


Fungsi bateri adalah seperti berikut:-


1.    Ketika enjin dimatikan.

Pada ketika ini, bateri berfungsi untuk memberikan tenaga elektrik kepada sistem lampu kenderaan.

2.    Ketika enjin sedang dihidupkan.

Pada ketika ini, bateri berfungsi untuk menggerakkan starter motor bagi membekalkan tenaga elektrik kepada sistem nyalaan kenderaan.

3.    Setelah enjin dihidupkan.

Pada ketika ini, bateri berfungsi sekiranya terdapat penggunaan tenaga elektrik berlebihan oleh sesebuah kenderaan yang tidak dapat ditampung oleh alternator.




KOMPONEN-KOMPONEN PADA BATERI – Rujuk Rajah Dibawah

1.    Plastic Container

Berbentuk segiempat mengikut bilangan sel bateri. Dibuat daripada getah keras atau synthetic resin yang teguh dan tahan menakung asid sulfurik dan gegaran.

2.    Seperator

Memisahkan plat positif dan plat negatif supaya tidak bersentuhan kerana mengakibatkan litar pintas. Membolehkan elektrolit bergerak bebas.

3.    Cell Lid

Dibuka untuk menambah atau mengisi air ke dalam sel apabila diperlukan. Air dalam sel hilang kerana pengewapan bertukar kepada gas hidrogen.

4. Vent Plug

Digunakan untuk mengelakkan gas hidrogen bebas ke udara ketika proses mengecas. Membenarkan proses pemeriksaan dan penambahan elektrolit ke dalam bateri.

5. Cell Pillars And Connectors

Setiap bateri mempunyai sepasang punca luar iaitu punca positif dan negatif. Bertujuan mengelakkan salah pasang pada kenderaan yang boleh merosakkan komponen elektrik yang lain.

6. Negative Plates And Positive Plates

Gabungan kumpulan  plat positif dengan plat negatif. Plat positif  warna coklat (plumbum dioksida), plat negatif warna kelabu (plumbum).


No comments:

Post a Comment