Wednesday, December 15, 2010
Thursday, December 9, 2010
Sunday, December 5, 2010
JENIS SAMBUNGAN DAN KAEDAH MENGECAS
Terdapat berbagai jenis dan jenama pengecas bateri yang boleh didapati dipasaran masa
kini untuk digunakan mengecas bateri asid pelambam (bateri bekal).Namun begitu kaedah
yang digunakan untuk mengecas adalah seragam seperti yang disyorkan oleh si pengeluar.
JENIS SAMBUNGAN MENGECAS
Dua jenis sambungan yang biasa digunakan untuk mengecas ialah :
i. Sambungan secara siri atau kaedah arus tetap.
ii. Sambungan secara selari atau kaedah voltan tetap.
MENGECAS SIRI
Kaedah sambungan secara siri membolehkan bateri dicas sehingga kepada muatan maksima pengecas dalam satu masa.Arus pengecas yang sama nilaiannya melalui kesemua bateri yang sedang dicas dan dikawal secara manual nilai arusnya melalui suis di pengecas. Kadar mengecas boleh diubah dari sifar (kosong) kepada arus maksima muatan mengecas.
Mengecas siri mempunyai beberapa kebaikan :
i. Arus mengecas boleh dilaras pada had yang terhampir bersesuaian dengan bateri di
dalam litar.
ii. Bateri boleh ditinggalkan tanpa dijaga untuk jangka masa yang panjang pada kadar
mengecas yang rendah,terutamanya diwaktu malam.
iii.Bateri yang berkadaan bersulfat(sulfated) boleh diletakkan bersama di dalam litar.
Keburukan utama mengecas siri ialah kadar cas maksima ditentukan oleh muatan bateri (battery capacity) yang paling kecil diantara bateri di dalam litar.Sebaik sahaja ia sudah bercas penuh,mestilah di keluarkan dari litar dan pengecas dilaras sesuai dengan beban semasa.
MENGECAS SELARI
Dalam sambungan secara selari pengecas memberikan arus dalam keadaan voltan yang tetap terhadap berbilang bateri dalam litar iaitu sama ada enam volt atau dua belas volt sahaja.
Sistem ini telah digunakan dengan meluas pada masa kini disebabkan pengecas voltan rendah arus tinggi dari jenis ‘dry rectifier’ boleh dibeli pada harga yang ekonomi.
Pengecas ini senyap dalam operasi dan berkesan serta kurang senggaraan sepanjang
umurnya.Mengecas selari mempunyai beberapa kebaikan :
i. Tiada arus yang dibazirkan disebabkan arus yang diambil sebagai yang diperlukan sahaja
oleh setiap bateri yang sedang dicaskan.
ii. Bateri boleh ditinggalkan bercas tanpa bahaya kemungkinan berlakunya lampau cas dan
menjadi rosak.Apabila bateri sudah bercas penuh,hanya sejumlah kecil arus yang
diambilnya.Sedangkan dalam mengecas siri,bateri akan menerima sejumlah arus yang
sama banyak sama ada ia sudah bercas penuh ataupun tidak mengakibatkan bateri boleh
menjadi lampau cas.
iii. Masa yang diambil untuk mengecas bateri adalah pendek.
iv. Seberapa banyak bateri pun boleh disambung dalam selari dan dicas pada masa yang
sama tanpa perlu mengawal arus sebagai yang diperlukan oleh bateri yang paling kecil
dalam litar mengecas siri.
KAEDAH MENGECAS
Tiga kaedah mengecas yang biasa dibuat ialah :
i. Cas cepat
ii. Cas perlahan
iii. Cas trikel
CAS CEPAT
Cas cepat ialah kaedah mengecas bateri dengan jumlah arus yang besar dalam jangkamasa
yang pendek.Kaedah ini jika digunakan akan meningkatkan suhu elektrolait sehingga boleh
merosakkan plet-plet di dalam bateri.Dengan ini akan memendekkan jangka hayat bateri.
Tambahan pula mengecas cepat tidak boleh menjadikan bateri itu cas penuh,ia perlulah di cas dengan jenarus atau pengecas perlahan sesudahnya.Arus mengecas semasa cas cepat mestilah tidak lebih daripada setengah muatan bateri (battery capacity) dalam tempoh 30 minit.
CAS PERLAHAN
Cas perlahan ialah kaedah mengecas bateri dengan sedikit arus dalam jangkamasa yang
Panjang.Kaedah ini adalah munasabah untuk bateri menjadi penuh cas dan adalah cara yang terbaik untuk mengecas bateri.Arus mengecas semasa cas perlahan ialah pada kadar satu per sepuluh muatan bateri.Ketumpatan bandingan letrolait diukur untuk mendapatkan jangkamasa mengecas seperti yang ditunjukkan dalam rajah yang sebelah
CAS TRIKEL
Apabila sesebuah bateri tidak digunakan dalam tempoh yang lama, bateri itu akan mengalami luput cas dengan sendiri (self-discharge) dan menjadi bersulfat.Bateri perlulah dijaga dengan cas trikel supaya kuasanya tidak berkurangan. Arus mengecas semasa cas trikel ialah antara ½ hingga 1 ampere dalam jangkamasa yang tiada had.
CAS BATERI BATERI
Bateri baru di dalam pasaran berada dalam 3 kategori :
i. Dipek basah (wet packed)
ii. Dipek kering (dry packed)
iii. Dicas kering (dry charged)
Setiap jenis memerlukan cara cas yang berbeza sebelum digunakan.
i. Bateri yang dipek basah ialah bateri yang telah disikan eletrolait.ia dicas mengikut kaedah cas perlahan seperti yang dilakukan terhadap bateri biasa. Jika ia tidak digunakan untuk
beberapa minggu ia perlulah di cas secara trikel untuk mencegah dari menjadi ‘self-discharge’ dan sulfation’.
ii. Bateri yang dipek kering ialah bateri yang dipasang dan tidak dicas.Ia memerlukan
kekuatan letrolait yang betul diisi ke dalam dan dicas dengan cas perlahan dalam tempoh
24 jam untuk pembentukkan plet.
iii. Bateri yang dicas kering ialah bateri yang diisikan letrolait di kilang untuk pembentukan plet. Akhirnya letrolait dikeluarkan dan sel bateri dikeringkan serta dipekkan. Jenis ini boleh disimpan lama tanpa rosak. Ia dijual bersama denga letrolait yang diasingkan. Walau pun bateri ini boleh terus digunakan sesudah diisikan letrolaitnya,adalah disyorkan dicas terlebih dahulu dengan cas selama 10 hingga 15 minit.
Saturday, December 4, 2010
Cas Bateri
Cas Cepat
1. Pengecas cepat boleh digunakan mengecas bateri tetapi kaedah ini akan memendekkan
usia bateri dengan cepat juga.Laras arus mengecas pada kadar tidak lebih daripada
½ muatan bateri (battery capacity) dalam tempoh 30 minit.
2. Sambungkan kabel hitam dari pengecas kepada cuar punca negatif bateri.
3. Sambungkan kabel merah dari pengecas kepada cuar punca positif biasanya di tanda
dengan ‘+’ atau ‘P’ dan garis pusatnya adalah lebih besar sedikit dari cuar punca
negatif.
4. Periksa selalu S.G letrolait beberapa kali dalam tempoh tersebut bagi mengelakkan
bateri menjadi lampau cas.
Cas Perlahan
1. Laras arus mengecas pada kadar tidak lebih 1/10 muatan bateri.
2. Ukur S.G letrolait dan dapatkan jangkamasa mengecas berkaitan daripada rajah berikut.
3. Jauhkan sebarang punca api daripada bateri yang sedang dicas.Pastikan terdapat
peredaran udara disekeliling kawasan mengecas.
Friday, December 3, 2010
Thursday, December 2, 2010
OPERASI BATERI
Bateri boleh dicas dan dinyahcas berulang-ulang kali. Terdapat empat proses yang terlibat semasa proses mengecas dan menyahcas bateri.
1. TELAH DICAS:
Bateri yang telah dicas mengandungi plat plumbum (Pb) yang bertindak sebagai terminal negatif dan plat plumbum dioksida (PbO2) bertindak sebagai terminal positif. Elektrolit yang yang terkandung didalam bateri adalah asid sulfurik (H2SO4) dan air (H2O). Rujuk Rajah 1.
2. PROSES MENYAHCAS:
Apabila bateri menyahcas, elektrolit menjadi lemah dan plat tersulfat. Elektrolit terurai kepada hydrogen (H2) dan sulfat (SO4). Hidrogen (H) bergabung dengan oksigen (O2) dari plat positif bagi menghasilkan air. Sulfat (SO4) bergabung dengan plumbum (Pb) pada kedua-dua plat bagi menghasilkan plumbum sulfat (PbSO4).Rujuk Rajah 2
- TELAH DINYAHCAS:
Apabila bateri telah dinyahcas, kedua-dua plat telah diselaputi oleh plumbun sulfat (PbSO4) dan elektrolit menjadi lemah dan bertukar kepada air (H2O). Rujuk Rajah 3
- PROSES MENGECAS:
Semasa proses mengecas, proses elektrokimia tadi telah berubah arah. Sulfat (SO4) meninggalkan plat dan bergabung dengan hidrogen (H) untuk menghasilkan asid sulfuric (H2SO4). Oksigen (O2) yang bebas bergabung dengan plumbum (Pb) pada plat posotif bagi membentuk plumbum dioksida (PbO2). Gelembung udara terhasil apabila proses mengecas bateri hampir selesai. Gelembong udara hidrogen terhasil pada plat negatife dan gelembung udara oksigen pada plat positif. Rujuk Rajah 4.
Mari Mengenal Bateri Kereta
Fungsi bateri adalah seperti berikut:-
1. Ketika enjin dimatikan.
Pada ketika ini, bateri berfungsi untuk memberikan tenaga elektrik kepada sistem lampu kenderaan.
2. Ketika enjin sedang dihidupkan.
Pada ketika ini, bateri berfungsi untuk menggerakkan starter motor bagi membekalkan tenaga elektrik kepada sistem nyalaan kenderaan.
3. Setelah enjin dihidupkan.
Pada ketika ini, bateri berfungsi sekiranya terdapat penggunaan tenaga elektrik berlebihan oleh sesebuah kenderaan yang tidak dapat ditampung oleh alternator.
KOMPONEN-KOMPONEN PADA BATERI – Rujuk Rajah Dibawah
1. Plastic Container
Berbentuk segiempat mengikut bilangan sel bateri. Dibuat daripada getah keras atau synthetic resin yang teguh dan tahan menakung asid sulfurik dan gegaran.
2. Seperator
Memisahkan plat positif dan plat negatif supaya tidak bersentuhan kerana mengakibatkan litar pintas. Membolehkan elektrolit bergerak bebas.
3. Cell Lid
Dibuka untuk menambah atau mengisi air ke dalam sel apabila diperlukan. Air dalam sel hilang kerana pengewapan bertukar kepada gas hidrogen.
4. Vent Plug
Digunakan untuk mengelakkan gas hidrogen bebas ke udara ketika proses mengecas. Membenarkan proses pemeriksaan dan penambahan elektrolit ke dalam bateri.
5. Cell Pillars And Connectors
Setiap bateri mempunyai sepasang punca luar iaitu punca positif dan negatif. Bertujuan mengelakkan salah pasang pada kenderaan yang boleh merosakkan komponen elektrik yang lain.
6. Negative Plates And Positive Plates
Gabungan kumpulan plat positif dengan plat negatif. Plat positif warna coklat (plumbum dioksida), plat negatif warna kelabu (plumbum).
Subscribe to:
Posts (Atom)